The Secret Life Of Pets (2016)

Tajuknya sahaja sudah mirip2 cereka adventure Ben Stiller tentang Walter Mitty yang hidupnya sunyi sepi. Juga seperti membayangkan keterujaannya seperti yang ditampilkan Ang Lee dalam Life Of Pi. Lama setelah kita asyik menonton Woody dan Buzz, kita kini jatuh cinta pada Max dan Duke. Cerita yang tidak bosan untuk diulang-ulang!

Jadi, rasa-rasanya bagaimanakah cereka animasi yang bertitik-tolak dari ‘buddy plot’ ini mampu mencengkam punggung anda di kerusi panggung, biarpun ruangnya sempit dan sudah tidak empuk?

UJIAN BERSAHABAT

Max dan Duke dipertemukan di rumah tuan mereka yang prihatin kepada haiwan terbiar. Max dan Duke kedua-duanya berlatarkan karakter haiwan peliharaan, saling bertengkar ingin menjadi ‘kekasih’ yang paling disayangi Tuannya.

Pergeseran eksistensial ini telah menjerumuskan mereka ke dalam adventure dunia haiwan-haiwan terbiar di underworld (mudah, underworldnya…dunia longkang).

Ya! Perpindahan situasi indah-indah syurga dalam lingkungan domestik manusia kepada situasi gangster menjadikan Max dan Duke tercabar untuk menentukan apa kesudahan cerita mereka.

the-secret-life-of-pets-1

Kita awal2 sudah menjangka ia didorong buddy plot, maka, kita ternanti-nanti apakah dugaan yang menguji hubungan rumit Max dan Duke. Seperti Woody dan Buzz, namun, kita menduga apakah Max dan Duke semata-mata meniru template cerita The Toy Story, atau ia ada tarikan tersendiri.

Bagi saya, ia bukanlah suatu kerja copycat. Max dan Duke, bukanlah seperti Woody dan Buzz.

Bermula dengan perebutan perhatian dan cinta tuan mereka, Max dan Duke mengayuh perlahan-layan kisah persahabatan mereka meredah deras arus cabaran di hadapan. Buat kita teruja, bagaimana Max dan Duke mempaterikan kisah persahabatan mereka berdua.

Apakah ia seutuh Woody dan Buzz? Apakah ia begitu dramatik sehingga kita mampu terlupakan senior mereka itu?

Atau…sebagai ovation kepada dua watak kesayangan kita itu….?

APA YANG MENARIK?

The Secret Life of Pets ini sebenarnya boleh juga dilihat sebuah mesin masa buat kita terkenang dan tersenyum teringatkan memori2 filem lampau. Ya! Bagi saya ia sebuah ‘homage’ yang mampu menjadikan anak2 kita membesar dengan legasi-legasi karya hebat.

Oh ya, sebelum tayangan filem ini, kita disediakan mood tontonan ala-ala Despicable Me dengan kemunculan short film Minions yang gilakan blender.

Blender? Jerit Minions, “paracetamol!”.

Seterusnya, sampai hujung filem kita sentiasa disegarkan dengan usikan-usikan Illumination Studios ini.

Baik, mari lihat apa yang menarik lagi.

1) Masih di minit-minit awal filem ini, kita sudah disogokkan dengan The Birds. Filem hasil tangan Alfred Hitchcock sebesar-besarnya diberikan screentime melalui watak sweetpea. Ia mengusik kita meneka-neka apakah rahsia sulit di sebalik kisah comel haiwan-haiwan domestik ini.

Apakah ia sebuah horror film? Fuh….Tapi, beruntunglah, anak-anak kita (saya bawa anak saya berumur 1 tahun 6 bulan menonton) mengenali Hitchcock di balik minda mudanya.

Oh ya. Yang pasti, ada imbauan-imbauan lagi tentang filem klasik di balik kisah Max dan Duke yang saya tidak dapat cernakan.

vi5jsoprygaf9d_2_hd

2) Ingat lagi Charlie dan kilang coklatnya? Dan, tentang Charlie yang duduk di sebuah rumah usang di pinggir kota, berpemandangan jelas ke arah kilang coklat yang dikagumi. Legasi Roald Dahl yang diperkemas Tim Burton.

Tim Burton dan Roald Dahl diberi penghormatan dalam lakonan semula Max dan Duke di Weiner’s Sausage Factory. Kita terhibur seperti mana dikhayalkan Tim Burton, saat Max dan Duke mula sedar bahawa hubungan yang paling akrab perlu bermula di hadapan mata, di kala lapar dan tiada kepentingan.

3) Ketawa kita bernostalgia bagaimana monyet-monyet dalam Rise Of The Planet Apes memporak-porandakan Jambatan di California dihidupkan dalam filem ini. Adegan kejar mengejar di Jambatan Brooklyn kelihatan seperti mirror image kepada cerita monyet tadi.

Habislah manusia, kalau haiwan-haiwan bersatu menawan kita.

Max's_&_Snowball's_Brooklyn_Bridge_fall.png

Sebenarnya banyak lagi rujukan2. Seperti arnab comel yang ganas. Dan, juga kucing merah jambu yang buat kita teringat Pink Panther namun saya tidak dapat menyambungkan sel2 otak untuk mencari kaitan tentang itu.

Saya kira banyak lagi untuk kita singkap keseluruhan rahsia sulit filem ini dengan baik. Bukan kisah sulit Max dan Duke, tapi, kisah sulit FILEM ini.

WATAK YANG MENCUIT HATI

Dengan sebegitu banyak pengiktirafan kepada filem lain, The Secret Life of Pets masih dapat buatkan kita jatuh hati dengan setiap watak yang ditampilkan secara asli. Ya! Seperti Woody, kita tahu cerita ini adalah tentang Max hadapi dunia upside down setelah kehadhiran Duke dalam hidupnya. Namun, setiap watak yang menolak cerita ini ke hadapan diberikan cukup-cukup ruang untuk buat kita jatuh cinta dengan mereka.

Jenaka persahabatan antara kesemua mereka begitu mencuit hati, sampai kita keliru samada kita ketawa kerana kecomelan atau kerana karakter di skrin. Tidak penting yang mana satu, cukup kita benar-benar terhibur dengan setiap kemunculan watak2 tersebut sehingga akhir cerita.

Sebagai contoh, kita ambil satu watak. Gidget, seorang gadis (betina) kaki telenovela yang terinsipirasikan dengan kisah heroic romantis dalam misi mencari cintanya.

secret-life-pets-tiberius.jpg

CINTA TIDAK BERSYARAT

Setelah selesai skodeng The Secret Life of Pets, kita mula menyedari bahawa pemergian kita meninggalkan haiwan2 peliharaan ini setiap hari sebenarnya membelenggu mereka dengan kesunyian.

Sunyi.

Dan, mereka berusaha keras mengisi hidup mereka agar sempurna untuk menghadiahkan kita kasih sayang yang tidak bersyarat. Manusia harus bersyukur kerana haiwan2 domestik ini sudi berkongsi cinta dan kasih sayang mereka….biarpun, mereka sudah punyai cerita hidup yang menarik dan dramatik!

8 dari 10 bintang kepuasan tontonan.