Related imageSebelum berbincang tentang filem Lee Chong Wei, mari mengenali Datuk Wira Lee Chong Wei. Beliau lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai Perak, Malaysia dan seorang pemain badminton profesional dari Malaysia. Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, 2012 dan 2016, menjadikan dirinya rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki. Beliau juga telah menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.

Related image

Lee Chong Wei : Rise of The Legend adalah filem biopik Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Teng Bee, mengenai kisah inspirasi ikon nasional Lee Chong Wei, yang bangkit dari kemiskinan untuk menjadi pemain badminton terbaik di dunia. Filem ini disarankan 100% untuk rakyat Malaysia menonton dan ini antara sebab-sebabnya :

 

  • BUKTI RAKYAT MALAYSIA BOLEH BERSATU

Related image

Kita sering dengar sukan dapat menyatukan manusia dan ternyata ianya benar sama sekali. Contohnya, kita dapat lihat melalui hidup Lee Chong Wei yang berlatih bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan yang berlainan bangsa sehingga dapat mengharumkan nama Malaysia seperti mana ditunjukkan di dalam filem itu. Malah, jurulatih Lee Chong Wei sendiri adalah berbangsa Melayu – Misbun Sidek. Penyokong-penyokong Lee Chong Wei yang sentiasa bersorak untuknya juga terdiri oleh semua bangsa di Malaysia. Tidak kira berlainan warna kulit, bahasa dan agama.

Image result for lee chong wei tosh chan and rosyam nor

Filem ini sendiri juga dapat membuktikan kerjasama antara bangsa Cina, Melayu dan India melalui kerjasama pengarah, staff dan barisan pelakon. Mereka dapat menumpaskan kata-kata rakyat Malaysia tidak boleh bersatu dengan mengeluarkan filem yang terbukti menakjubkan.

 

  • PENYUSUNAN JALAN CERITA

Image result for lee chong wei movie

Sejujurnya filem Lee Chong Wei ini amat memuaskan dari segi penyusunan ceritanya, ditambah dengan sudut kamera yang jelas dan menarik. Filem ini bermula dengan zaman kanak-kanak Lee Chong Wei yang minat akan badminton namun dilarang ayahnya kerana pengalaman pahit yang dilalui olehnya.

Related image

Kemudian, filem ini diteruskan dengan zaman remaja Lee Chong Wei yang dilatih oleh jurulatih yang terkenal, Misbun Sidek serta ujian-ujian yang ditempuhi olehnya sehingga dapat mengalirkan air mata penonton.

Related image

Adegan-adegan ketika perlawanan badminton juga amat menarik dari segi gaya tubuh badan, ‘sound effects’, dan semangat pelakon-pelakon di dalam filem Lee Chong Wei ini sehingga dapat merasakan diri sedang berada di dalam stadium dan ingin bersorak sekuat hatinya!

 

  • PELAKON

Related image

Tidak dinafikan lagi pelakon yang memegang watak Lee Chong Wei ketika remaja mempunyai wajah serta karakter yang hampir sama dengan Lee Chong Wei! Penerbit filem, Josiah Chieng berkata pencarian pelakon untuk watak Datuk Lee Chong Wei dalam filem autobiografi pemain badminton tersebut bukanlah mudah. Menurut Josiah, produksi CB Pictures Sdn Bhd telah memilih 30 calon akhir daipada hampir 2,000 orang. Mereka dikurung dalam sebuah rumah selama dua minggu untuk diuji tanpa membenarkan mereka berjumpa dengan ahli keluarga. Akhirnya, mereka memilih seorang remaja bertuah bernama Tosh Chan.

“Kita pun tahu karakter Chong Wei yang sangat humble dan itu turut menjadi faktor pemilihan pelakon utama. Oleh sebab itu kami merasakan Tosh sesuai dengan watak tersebut.”, kata Josiah ketika ditemu duga.Related image

“Saya memang tidak mempunyai pengalaman berlakon. Apa yang saya miliki cuma minat dalam bidang berkenaan. Atas alasan itu jugalah saya memberanikan diri untuk ke sesi uji bakat filem ini” kata Tosh Chan di dalam sebuah temuduga.

“Saya memang tidak menyangka tuah menyebelahi diri apabila pihak produksi, CB Pictures Sdn Bhd, berminat menawarkan watak utama kepada saya. Namun, saya tetap berdepan cabaran getir ketika penggambaran filem ini bermula. Tidak dapat digambarkan betapa gementarnya saya ketika itu. Lucunya, saya sampai diserang demam ketika awal-awal proses penggambaran diadakan.”

Related image

Walaupun Tosh Chan mempunyai pelbagai ujian ketika melakonkan watak Lee Chong Wei, ternyata atas usaha kerasnya, lakonannya amat memuaskan dan membuatkan penonton seolah-olah sedang melihat Lee Chong Wei sendiri di dalam filem itu sehingga membuatkan Datuk Lee Chong Wei sendiri berpuas hati!

Image result for lee chong wei tosh chanImage result for lee chong wei castTidak dilupakan juga pada Jake Eng yang memegang watak Lee Chong Wei ketika kecil. Hasil lakonannya amat menakjubkan serta mencuit hati walau umurnya masih begitu muda.

Image result for lee chong wei cast

Selain Tosh Chan dan Jake Eng, filem terbabit membariskan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Ashley, Mark Lee, Yeo Yann Yann, Freddi Wong, Uriah See dan Ling Tai Yong.

Image result for lee chong wei castRelated imageImage result for lee chong wei cast

 

  • LAGU

Lirik lagu tema filem Lee Chong Wei – Cahaya Juara yang dinyanyikan oleh Priscilla Aby dan Nabila Razali amat sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan oleh filem ini. Lagu ini dinyayikan dalam bahasa Cina dan Melayu membuatkan ia lebih unik didengari oleh pendengar.

 


Secara kesuluruhannya, filem ini patut diberi perhatian 100% oleh rakyat Malaysia dan pujian yang tinggi atas hasil yang tidak dapat diterangkan hanya dengan perkataan!

“Saya tidak sangka kisah hidup saya sebagai pemain badminton dijadikan filem. Saya berharap filem ini menjadi inspirasi kepada semua peminat badminton tempatan dan luar negara. Filem ini mengisahkan cabaran kehidupan saya sebagai pemain badminton dan saya berharap dapat mendorong penonton untuk lebih suka sukan badminton dan tidak mudah berputus asa,” kata Lee Chong Wei kepada pemberita selepas sidang media filem berkenaan.

 

Sumber:

  1. https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/02/388487/tosh-chan-gementar-jadi-chong-wei
  2. http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/10/filem-lee-chong-wei/
  3. https://zayan.my/zayan-pit-stop/trending/kisah-lee-chong-wei-dijadikan-filem
  4. https://en.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei_(film)