Temple Grandin at the Agricultural Research, Demonstration and Education Center (ARDEC) March 31, 2015

Sebelum anda daftar ke tayangan filem Temple Grandin (2010) yang bakal dianjurkan oleh Buka Panggung di Gombak minggu ini… Pastikan anda sudah baca tentang LIMA perkara yang anda perlu tahu tentang Dr. Temple Grandin. Siapakah beliau? Kenapa beliau agak popular di US? Kenapa kami angkat beliau sebagai tokoh Autisme? Nah, inilah lima perkara menarik tentang Dr. Temple!

Tokoh Autisme

1- Seorang Perintis yang Mengembangkan Bidang Sains Haiwan.

Tokoh Autisme

Temple Grandin memperoleh Master dan PHD-nya dalam bidang yang sama iaitu sains haiwan. Dia juga ialah salah seorang daripada profesor yang mengajar di Colarado State University selama lebih 20 tahun.

Menurut Grandin, naluri autistiknya sangat sama dengan haiwan ternakan. Ini memberi kelebihan kepada dirinya untuk menganalisa situasi menggunakan data berasaskan sensor dan bukannya bahasa. Dia berjaya menghasilkan reka bentuk untuk sistem pengendalian ternakan yang berperikemanusiaan. Hal ini telah meningkatkan kualiti kebajikan dan kualiti haiwan dalam industri daging dan ternakan.

 

2- Salah Seorang Daripada Mereka Yang Berpengaruh di Dunia.

Tokoh Autisme

Pada setiap tahun Time Megazine akan mengeluarkan senarai ‘Time 100’. Senarai yang mana memberikan penghormatan kepada pemimpin dunia, ikon dan orang yang berjasa di dunia. Nama Temple Grandin pula disenaraikan dalam senarai ini pada tahun 2010 bersama-sama dengan Barack Obama, Oprah Winfrey dan Steve Jobs.

 

3- HBO (Home Box Office) Membuat Sebuah Filem Berkaitan Hidupnya.

Tokoh Autisme

Pada tahun 2010, HBO berjaya menghasilkan filem berkisar tentang kehidupan Grandin semasa kecil, kerjaya dan kejayaan di dalam kehidupannya.

Filem yang diarahkan oleh Mick Jackson ini dibintangi oleh Claire Danes, Julia Ormond, Vatherine O’Hara dan David Strathairn. Danes telah memperolehi anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild Award selepas berjaya melakonkan watak Grandin.

4- Namanya Disenaraikan Dalam National Women’s Hall of Fame.

Tokoh Autisme

Dalam bulan Februari 2017, National Women’s Hall of Fame menamakan Temple Grandin di dalam senarai nama wanita yang dihormati dan disanjungi. National Women’s Hall of Fame merupakan sebuah institusi orang Amerika yang direka oleh satu kumpulan yang tinggal di Seneca Fall, New York pada tahun 1969.

Dengan penyertaan lebih daripada 250 wanita yang  paling berpengaruh di seluruh negara, Grandin telah dinobatkan dalam 10 senarai teratas yang paling dihormati.

 

5-  Salah Seorang Penulis Buku Yang Prolifik.

Buku Temple Grandin

Walaupun pada hakikatnya, Grandin tidak mampu bercakap. Namun dengan bantuan terapi di awal waktu dan campur tangan beberapa pihak yang lain, Grandin berjaya bercakap seawal usianya empat tahun. Ini membuatkan dirinya antara individu autisme terawal yang mampu berkongsi pengalaman dan perspektifnya kepada masyarakat dunia.

Grandin telah menulis secara meluas mengenai kedua-dua topik iaitu autisme dan sains haiwan. Beliau juga telah menulis dan mengarang berpuluh-puluh buku dan kitab saintifik yang dikaji semula dengan pelbagai topik termasuk autisme, pengendalian haiwan ternakan, pengayaan alam sekitar dan bab keselamatan haiwan.

Buku Temple Grandin

Ini antara lima kejayaan besar Dr Temple Grandin yang anda perlu tahu tentangnya sebagai tokoh autisme yang masyhur di Amerika Syarikat. Anda boleh tonton dokumentari pendek oleh CNN mengenai kehidupan Dr. Temple Grandin dalam video di bawah :

Beliau yang suatu masa dahulu merupakan seorang remaja autistik yang sangat cerewet membantah bila pengusaha kandang lembu tidak berlaku adil kepada lembu, akhirnya telah mendorong beliau merevolusikan cara penyembelihan lembu di US yang sangat mesra haiwan.

Power !!!

Jom tonton filem biopik berjudul TEMPLE GRANDIN bagi menyemarakkan lagi kesedaran, penerimaan dan pemberdayaan di kalangan masyarakat umum tentang Autisme ini.

Ayuh, tonton bersama kami di Gombak, 29 April 2018, Ahad ini. Jam 10 pagi.

MASUK ADALAH PERCUMA

https://bukapanggung.com/daftar