Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) merupakan acara penganugerahan filem Malaysia yang berlangsung pada 29 September 2017 di Pusat Konvension Kuala Lumpur.

Acara ini telah disiarkan pada pukul 9 malam melalui saluran Astro Ria dan Ria HD.

Majlis Sidang Media FFM29 pula berlangsung di Panggung Mini P. Ramlee, Finas.

Artikel ini akan mengupas sebilangan anugerah dan pengiktirafan dalam filem Redha.

TAJUK : REDHA / BEAUTIFUL PAIN

Anugerah FFM29
Tarikh Tayangan : 14 April 2016
Genre : Drama, Keluarga
Pengarah : Tunku Mona Riza
Pelakon : Nam Ron, Harith Haziq, June Lojong, Izzy Reef, Ruminah Sidek, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Susan Lankester
Terbitan :  Current Pictures Sdn Bhd
Filem Redha arahan Tunku Mona Riza.Filem inspirasi dari kisah benar itu menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anaknya yang menghidap autisme. Autisme merupakan masalah gangguan otak yang membatasi kemampuan penghidap tersebut dalam aspek pengurusan diri, komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.
Menampilkan lakonan pasangan suami isteri Namron dan June Lojong. Manakala Harith Haziq dan Izzy Reef sebagai kanak autisme. Turut dibintangi oleh Pelakon Terkenal seperti Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester.
Klik untuk tonton trailer movie:
Berikut adalah senarai anugerah yang diperoleh oleh barisan pelakon dan pengarah yang menjayakan filem Redha:

PELAKON KANAK – KANAK TERBAIK

Anugerah FFM29

  • Harith Haziq – Redha

PELAKON WANITA HARAPAN

Redha Anugerah FFM29

  • June Lojong – Redha

PENGARAH HARAPAN

Redha Anugerah FFM29

  • Tunku Mona Riza – Redha

PELAKON LELAKI TERBAIK

Redha Anugerah FFM29

  • Namron – Redha

SENARAI ANUGERAH FFM29