ng Jeng Jeng!
Les Copaque+KRU Studios
Dir. Eirma Fatima

jjj3

Ya! Kita tak nafikan hampir majoriti peminat Upin dan Ipin akan mempertikaikan persembahan Jeng Jeng Jeng yang dah tersasar jauh ke laut.

Ragam anak-anak mempersoalkan ‘ayah, mama, mana Upin-Upin?’, membentak-bentak dan merengek tak mahu pulang kerana tidak puas dengan tontonan adalah sesuatu yang dijangkakan. Biarpun aku yakin, ia bukan untuk disesalkan, namun, perlu diambil perhatian supaya perkara begini tidak diulangi lagi.

Baik. Katakan kita maafkan jeng Jeng Jeng!. Aku dapat memandang Jeng Jeng Jeng! sebagai sebuah karya personal yang dibikin menuju aspirasi komersial. Ia sangat personal dari sudut pandang Hajah Ainon Les Copaque dan Erma Fatima, aku kira. Ia tentang bagaimana mereka melihat ‘dua budak botak’ itu memberi manfaat kepada kanak-kanak yang ‘disentuh’ mereka.

Ia sebuah appresiasi kepada Upin Ipin. bayangkan, jika Upin dan Ipin sudah berusia lanjut dan hanya tersandar di kerusi tua, Jeng Jeng Jeng! boleh diibaratkans sebagai sebuah momento kepada team Upin dan Ipin yang selama ini bertungkus lumus merealisasikan animasi tersebut.

(Aku teringat ketika Nizam – kini di Animonsta, pencipta Boboiboy, menggambarkan budaya kerja Les Copaque yang diinspirasikan dari semangat ‘Last Kopek!‘; buat kerja sungguh-sungguh macam inilah peluang yang terakhir!)

Ya! Dari kesungguhan tersebut, terciptalah empayar Upin Ipin. Kita pasti tertawa dan terhibur setiap kali animasi Upin dan Ipin bersiaran. Semestinya, Upin dan Ipin sudah menjadi sebahagian dari kita semua di Malaysia ini.

Lebih besar dari  sekadar itu. Peranan Upin dan Ipin ini, bukan hanya pada ketakjuban animasi, tetapi, pada keunikan yang diserapkan ke dalam animasi ini; iaitu nilai murni dan budaya timur yang disulam begitu subtle. Dari kecil, anak-anak kita diasuh Upin Ipin supaya menjadi bangsa timur yang berbudaya luhur.

jjj1.jpg

Ia bukan semata-mata animasi dan keterujaan seperti animasi selainnya. Pergi tonton yang lain, dan perhatikan nilai dalam Upin Ipin. Lihat bagaimana kita menghormati Sappy yang secara halus ingin diterapkan etika kepelbagaian agama. Bahkan, dalam menyantuni ‘abang lembut’ pun dilatih berdikit-dikit dan berhikmah.

Aku faham bahawa keunikan itu, lahir dari kefahaman jitu Bos Les Copaque. Ia bukan semata-mata kerja teknikal animasi. Maka, dari situ, kita melihat Upin dan Ipin membawa aspirasi yang sangat besar. Misinya bukan sahaja menceriakan tetapi mendidik kebudayaan.

Dengan itu, jika kita melihat lewat kaca mata Hajah Ainon Les Copaque dan Erma Fatima, kita berbangga melihat Upin dan Ipin sebagai ‘malaikat’ yang datang menyantuni anak-anak kita ketika mana kita tiada di sisi mereka mendidik.

Hadhirlah Jeng Jeng Jeng!. Hajah Ainon dan Erma menjelmakan Jeng Jeng Jeng! dalam setting anak yatim di bumi nyata. Menjadi teman dan bersama-sama menginspirasikan Aqish dalam mencorakkan hidupnya.

Aku faham. Yang pergi menonton Jeng Jeng Jeng, bukan nak tahu pasal itu. Kita pergi kerana kita mahu berada dalam dunia Upin Ipin. Kita mahu dikhayalkan dalam dunia itu. Benchmark kita adalah Geng: Pengembaraan Bermula dan Boboiby The Movie.

 

jjj4

jjj5.jpg

Kan?

Benar. Dan, kita faham, sejak mula, memang animasi Upin dan Ipin kita kenali dan sentiasa diingatan dengan lagak gaya watak-watak kegemaran kita semua termasuklah Mail, Mei Lin, Jarjit dan lain-lain. Bagaimana kita mampu menerima sesuatu yang di luar dunia yang sudah serasi.

Sepanjang Jeng Jeng Jeng! kesemua itu tiada. Yang ada hanyalah konflik orang dewasa yang menyeret anak-anak yatim ke dalam kancah yang mereka tidak faham. Upin dan Upin hanyalah menjadi narrator yang menceritakan bagaimana kepercayaan Aqish terhadap warna-warni Upin Upin dapat menyelamatkan keadaan.

Jelas Jeng Jeng Jeng! mengubah (pertama) sasaran penonton kepada segmen yang berbeza dan (kedua) sudut pandang kita terhadap dua budak botak tersebut. Terpulanglah, ada yang mampu menerima, seperti aku. Mana yang bengang, itu hak mereka. Kerana wang yang dibayar adalah atas kehendak mereka ingin dihiburkan. Mereka hanya menilai pada bahan marketing ketika membeli.

Seperti mana-mana filem KRU, promosi biasanya akan misleading. Dan, ia berlaku kepada Jeng Jeng Jeng!. Wajar sangatlah anak-anak tadi merengek, sampai membentak inginkan Upin Ipin yang lebih menghiburkan.

(Satu yang aku puji KRU adalah kualiti gabungan animasi 3D dan alam nyata di’blend‘ dengan sangat baik. Tapi, itu tak cukupkan?)

Aku, walau bagaimanapun, sangat berpuas hati dan gembira dengan persembahan sebegini, ia mengangkat Upin Ipin ke suatu persada yang lebih bernilai tambah. Dan, jangan terkejut kerana ia tidak disajikan kepada anak-anak. Ia ditujukan kepada kita yang dewasa.

Seperti KFC. Iklan mensasarkan kepada anak-anak, suapaya anak-anak menarik ibu bapa datang menjamu selera di KFC. Jeng Jeng Jeng! memerlukan kita yang dewasa hadhir menonton dan menginsafi betapa besar peranan Upin dan Ipin menceriakan anak-anak kita.

Lebih dari tu, mengasuh mereka!

jjj2.jpg