Big brother

“…Big Brother”, Kataku kepada Nazri, kawan lama aku.

“Ha…Filem apa tu?”, Tanyanya. Suaranya di dalam telefon macam baru bangun tidur sahaja gayanya. Tapi aku tak kisah. Bukan saja-saja ganggu pun. Daripada dia tidur petang-petang, baik dia teman aku tengok movie…Hahahahaha

” Ala, filem cina..Tak pe, aku belanja kau . Tapi kau kena jadi driver aku la…” Balasku…Saje je aku nak ada orang teman…Daripada tonton sorang-sorang baik aku ajak kawan sekali…Alang-alang bolehla merapatkan hubungan silaturrahim..ceehhh.

“Ha..ok3..Kalu kau belanja aku onnnnnn.”Jawabnye ringkas..

Sesampai saja di Setapak Central, kami terus solat Asar. Tengok movie, tengok movie jugak tapi solat janganla lupa or langgar waktu sampai habis waktu solat. Hehehehehehe..

 

Big brother

Pengarah : Ka-Wai Kam

Penulis : Tai-Lee Chan

Pelakon :

Donnie Yen, Joe Chen, Kang Yu, Brahim Achabbakhe, Tom Caserto, Alfred Cheung, Ye Fan, Semiquaver Lafeta, Tin- Lung Ko, Bruce Tong Kwan-Chi, Chris Tong Kwan Yiu, Ka Wah Lam, Billy Lau, Fung Lee, Mike Leader, Gladys Li, Jess Liaudin, Yin Kwan Lok, Craig Miller, Lok Ming-Kit, Lockhart Ogilvie, Harry Oram, Au-Yeung Wai-Ho, Fung Woo.

Genre : Drama, Action

Klasifikasi : P13

Tempoh Masa : 102 Minit

Bahasa : Kantonos, English

Sinopsis :

Henry Chen(Donnie Yen) mula bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Hong Kong. Dia telah mendapat tugas sebagai guru kelas 6B. Kelas yang mana orang kata paling ‘bermasalah’. Dia menggunakan gaya  yang berbeza dengan guru-guru yang lain.

Dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah anak-anak muridnya. Antaranya Jack Lok, anak yatim yang memberontak di dalam hidupnya dan tinggal dengan neneknya. Sepasang kembar, Bruce dan Chris Tong. Gladys Li, seorang tomboy yang meminati kereta. Akhir sekali Gordon Lau, lelaki keturunan India- Pakistan yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemuzik.

Perghh kalini panjang pulak sinopsisnya… Cerita kali ini tidak lah berat mana…Jalan ceritanya mudah, ringkas dan ringan…Biasanya Donnie Yen akan banyak melakonkan babak-babak aksi… Itu pandangan saya ..Namun persepsi saya lari sedikit … Movie kali ini lebih kepada drama dan bukannya aksi…

Tapi ceritanya masih lagi tetap menarik… Pelakon-pelakonnya juga pandai menghidupkan watak-watak mereka… Walaubagaimanapun, apa yang saya sangsi ialah bagaimana Henry Chen menyelesaikan masalah anak muridnya dengan cepat…

Mungkin kerana pengarah menekankan 5 watak anak murid …Jadi dia mengambil masa bagi menghuraikan jalan cerita dan kehidupan setiap satu anak murid Henry Chen yang berbeza latar dan kehidupan…

Ibu saya seorang guru di sekolah rendah di Kuala Lumpur… Kadang-kadang dia berkongsi kisah sbagai seorang guru yang mana sukar untuk menghadapi dan membuat pelbagai keputusan… Melihat filem ini bagaikan melihat kisah duka perjuangan seorang guru yang mana bersusah senang demi anak muridnya.

  1. Sistem Perlaksanaan Pembelajaran.
    Di dalam filem ini menunjukkan cara bagaimana Henry Chen menarik minat pelajarnya untuk belajar dan menyelsaikan masalah anak- anak muridnya. Caranya berbeza dengan guru-guru yang lain. Apabila sistem pembelajaran sekarang menekankan pasal pointer, peperiksaan, dan gred markah Henry Chen sebaliknya. Dia menekankan pasal kehidupan yang mana tidak semestinya tidak berjaya di sekolah menengah tidak berjaya di masa hadapan. Yang mana sekali gagal bukannya gagal selama-lamanya. Yang mana ilmu ini digunakan di dalam kehidupan.
  2.  Masalah setiap pelajar. Pengarah menekankan 5 pelajar tersebut dengan setiap masalah yang berbeza…Masalah utama yang mana sering kali ditimpa oleh pelajar-pelajar apabila memasuki alam remaja…

    Rasisme- Setiap negara pasti berdepan dengan masalah rasisme… Termasuklah Hong Kong yang mana di dalamnya tinggal seorang pemuda bernama Gordan Lau…Pemuda warganegara Hong Kong berketurunan India-Pakistan yang bercita-cita tinggi untuk menjadi penyanyi dan pemuzik kantonis…

    Kongkongan Ibubapa- Gladys Li, seorang perempuan yang berperwatakan seperti lelaki(tomboy), selalu dikekang oleh ibubapanya untuk melakukan apa yang diminatinya. Minatnya mengenai kereta dan enjin sangat tinggi dan selalu bertentangan dengan kedua ibubapanya..

    Penceraian ibubapa- Bruce dan Chris Tong ialah sepasang kembar yang tinggal bersama bapa mereka yang pemabuk… Selepas ibubapa mereka bercerai, mereka hidup dalam kehidupan yang kelam…

    Budak yang tiada bimbingan- Jack Lok seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama neneknya… Seorang yang pandai tetapi memilih untuk menjadi nakal…Dia dibuang daripada sekolah , namun diberi pengampunan.. Dia memilih untuk bekerja dan mengetepikan peluang untuk belajar.

    Anda pasti tertanya-tanya kenapa Henry Chen sanggup untuk bersara daripada tentera untuk menjadi seorang guru?… Sanggup untuk menyelesaikan masalah anak muridnya?…Sanggup untuk menyeelamatkan kehidupan anak muridnya…? Apa perkaitan Henry Chen dengan pengetua lama sekolah menengahnya dahulu?

    Semua ini anda akan dapat selepas menonton filem ini.

Trailer: