Bone to Born (2018)

Born Bone Born (2018)
Dir. Toshiyaki Teruya

Bersempena Festival Filem Jepun (2018) di Kuala Lumpur dan 3 kawasan lain, ditayangkan filem pasal tengkorak dan adat primitif di salah sebuah pulau di Jepun, yang buat penonton meneladani hikmah adat diteruskan. Pergilah tonton segera di panggung.

 

Filem drama kekeluargaan ini menyentuh tentang adat yang menyatukan kembali keluarga yang renggang. Kan lidah lagi tergigit? Begitu juga ahli keluarga yang berselisih dalam rumah sempit. Air yang dicincang tak akan putus. Dan air yang menjirus tulang-tulang ibu yang sudah mati itu rupanya kembali membersihkan amarah anak-beranak yang bertengkar.

Di sebuah pulau di Jepun, masih lagi diteruskan adat Senkutsu; membersihkan tulang si mati setelah 4 tahun kematian. Upacara penuh kerendahan jiwa ini buat kita menghargai kematian yang menghidupkan. Bunyi sepeeti cliche, tetapi, filem ini memberikan anjakan perasaan dan menyemai kesedaran jiwa yang cukup subur, bukan sekadar bicara di angin lalu.

Born Bone Born (2018)
Dir. Toshiyuki Teruya

#jff2018
#KongsiFilem
#JapaneseFilmFestival