Filem berkisarkan kanak-kanak autistik ini  membawa mesej-mesej yang sangat mendalam dan terdapat banyak perkara yang menarik mengenainya. Jadi, apa yang menarik mengenai filem ini?

Cerita bermula apabila pasangan suami isteri iaitu Razlan dan Alina memiliki seorang anak autistik yang bernama Danial. Perasaan sayang Razlan terhadap anaknya itu semakin lama bertukar benci apabila mendapat tahu anaknya itu menghidap penyakit autisme.

D3ad1. Berdasarkan kisah benar

Menurut pengarah filem tersebut, filem ‘Redha – Beautiful Pain’ adalah berdasarkan kisah benar dan penggambaran dibuat di beberapa lokasi di Selangor seperti Pusat Akuatik Shah Alam, Puchong dan Kuala Lumpur serta Terengganu.

Selain itu, untuk scene pertandingan renang di Pusat Akuatik Shah Alam, orang ramai juga dibenarkan masuk secara percuma bagi turut sama-sama ‘menghidupkan’ scenetersebut.

B456

2. Dibintangi pelakon hebat

Tak keterlaluan kalau kami katakan filem ini pasti memberi impak kepada penonton kerana ia dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Nam Ron, Nadia Nisa, Remy Ishak, Ruminah Sidek dan ramai lagi.

Big thumb 54e7

Big thumb 7f09

Big thumb 7335

Big thumb 93a7

Big thumb 5dd9

Big thumb c5ad

Big thumb 3039

Big thumb 8790

3. Camera works yang banyak untuk scene dalam air

Untuk menghasilkan filem ini, penggunaan kamera di dalam air sangat banyak dilakukan untuk scene di dalam swimming pool.

Tambah-tambah lagi scene untuk pertandingan renang di dalam filem tersebut yang mana memerlukan shot dan angle yang menarik. Semuanya dibuat bagi memberi impak dan kesan buat penonton.

Ternyata bukan mudah nak mengendalikan kamera di dalam air ini. Kamera dan teknik yang digunakan juga jauh berbeza. Memang terbaik!

4. Remy Ishak ikuti kelas renang 4 kali seminggu untuk dalami watak

Nampaknya, bagi menjayakan watak sebagai guru renang, Remy Ishak sendiri telah memasuki kelas renang untuk memahami persekitaran dan situasi semasa menjadi guru renang.

Katanya, walaupun dia tahu bagaimana mahu berenang, namun dia melakukan perkara tersebut supaya dia lebih familiar dengan pelbagai teknik serta gaya renang yang betul.

Abb95. Wajah June Lojong seiras Nadia Nisa

Pada mulanya, kami fikirkan Nadia Nisa memainkan dua watak dalam filem ini iaitu Alina, ibu kepada Danial dan Sasha, ibu saudara kepada Danial. Rupa-rupanya sangkaan kami salah sama sekali!

Ini kerana kalau anda perhatikan, wajah June dan Nadia Nisa seakan seiras. Wajah June Lojong boleh diibaratkan seperti wajah Nadia Nisa jika dimekapkan untuk membawa watak yang lebih tua.

Perhatikan gambar di bawah. Betul tak? Tetapi siapa sebenarnya June Lojong? Tak pernah nampak pun sebelum ini? (Nadia Nisa kiri dan June kanan).

4b4c6. June Lojong adalah isteri kepada Nam Ron

Sebenarnya kalau anda nak tahu, June Lojong ini merupakan isteri pada Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan yang memegang watak Razlan, bapa kepada Danial. Menurut Nam Ron, membawa watak suami yang memerlukan banyak adegan bersentuhan dengan bukan mahram adalah agak sukar bagi dirinya.

Bagaimanapun, Tunku Mona Riza yang memang mahukan Nam Ron membawa watak utama filemnya ada penyelesaian mudah iaitu mengajak isteri aktor itu sendiri sebagai pasangannya.

Pada awalnya, June agak keberatan berikutan dengan kekecewaannya dalam bidang seni tari moden yang diceburinya sebelum itu. Namun, akhirnya bersetuju setelah dipujuk Nam Ron. Tambahan lagi, mereka sememangnya membesarkan seorang anak autistik bersama-sama.