Ronin 47
Kesetiaan dalam percintaan
Ronin 47
Mendatangani perjanjian

Pernah tengok filem samurai bertajuk Ronin 47? Ia berkisarkan kisah 47 Ronin yang membalas dendam demi membuktikan kesetiaan dan ketaatan kepada tuannya. Daimyo selalunya di dalam bahasa Melayu dipanggil tuan tanah ataupun pemilik tanah dan ketua kepada Samurai. Samurai  ini pula ialah mereka yang meletakkan seluruh kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi terhadap Daimyo.

Negara ini mencatatkan sejarah dan kisah yang melibatkan bekas Samurai. Pada zaman Meiji, cerita ini telah berkembang dan menjadi popular. Cerita ini dijadikan teladan bagi rakyat Jepun dan menjadi lambang taat setia samurai kepada tuannya. Kisah 47 Ronin ini telah menjadi satu kisah lagenda di Jepun sehinggalah ke hari ini.

Kisah yang berlaku pada awal abad ke-18,apabila 47 ronin menuntut bela terhadap kematian ketua mereka, Asano Naganori. Pada hari ini, anda boleh melawat makam 47 Ronin di Sengaku-Ji yang terletak di negeri matahari terbit itu.

Ronin 47
Opening

Filem ini walaupun berdasarkan sejarah jepun terdahulu, ramai penulis-penulis sejarah Jepun yang bercanggah dengan beberapa perkara di dalam filem ini. Ia dapat kritikan yang hebat daripada banyak pihak lebih-lebih lagi daripada mereka yang sangat mementingkan aspek pemeliharaan sejarah.

Seperti contoh, watak Kira Kozukenosuke Yoshinaka tidaklah muda semasa kejadian tersebut seperti di dalam filem, malahan lebih senior dan berumur daripada Asano Naganori. Namun, untuk membuatkan filem ini lebih menarik, maka watak-watak seperti Kai dan ahli sihir wanita lakonan Rinko Kikuchi dicipta sebagai pemanis dalam filem.

Filem Hollywood ini saya klasifikasikan lebih kepada Sains Fiksyen berbanding sejarah yang mengetengahkan Kai sebagai watak utama. Jika ditolak tepi pelbagai faktor, termasuklah kesilapan-kesilapan yang sengaja ataupun tidak, ia merupakan filem yang sangat meninggalkan kesan yang mendalam.

Ronin 47
Cinta antara dua darjat

CGI agak memberangsangkan dan sinematografinya agak mantap.  Jalan cerita yang ringkas dan kemas. Salah satu plot yang ditunggu-tunggu oleh saya ialah ketika Kai, Oishi dan beberapa orang ronin yang lain memasuki Hutan Tengu untuk meminta bantuan daripada Tengu. Ia ialah salah satu plot yang ditunggu-tunggu oleh saya kerana saya ingin melihat bagaimana membuat perkaitan diantara Tengu dan Kai. Ia tidak mengecewakan dan agak memberangsangkan bagi saya.

Walaupun telah dikritik oleh ramai pihak, Filem ini telah memperoleh beberapa anugerah. Diantaranya, Saturn Award (2014), kategori Best Production Design and Best Costumes. IGN Award  2013 dalam kategori Best Fantasy Movie and Best 3D Movie dan Golden Reel Award 2014 dalam kategori Best Sound Editing- Music in a Feature Film.

Ronin 47
Kesetiaan yang tidak berbelah bagi

Genre:

Aksi & pengembaraan, Drama, Fiksyen sains & Fantasi

Diarahkan oleh:

Carl Erik Rinsch

Ditulis oleh:

Chris Morgan, Hossein Amini

Pelakon-pelakon:

  • Keanu Reeves sebagai Kai, seorang yang diselamatkan oleh Lord Asano dan diberi tempat tinggal dan makanan. Reeves ialah watak separuh keturunan jepun dan separuh lagi keturunan english yang hanya dicipta di dalam filem ini.
  • Hiroyuki Sanada sebagai Oishi, seorang ketua kepada samurai yang bertukar menjadi Rōnin.
  • Tadanobu Asano sebagai Lord Kira, Lord Asano’s punya pihak lawan dan mereka mempunyai jawatan yang sama iaitu Daimyō.
  • Rinko Kikuchi sebagai ahli sihir yang bermata pelik (berlainan warna) yang membantu Lord Kira.
  • Ko Shibasaki sebagai Mika, anak perempuan Lord Asano dan wanita yang dicintai Kai.
  • Min Tanaka sebagai Lord Asano, Pemilik tanah ataupun tuan Rōnin.
  • Cary-Hiroyuki Tagawa sebagai Shōgun Tsunayoshi
  • Jin Akanishi sebagai Chikara, iaitu anak Oishi.[6]
  • Masayoshi Haneda sebagai Yasuno
  • Hiroshi Sogabe sebagai Hazama
  • Takato Yonemoto sebagai Basho
  • Hiroshi Yamada sebagai Hara
  • Yorick van Wageningen sebagai Kapitan
  • Masayuki Deai sebagai Isogai
  • Shu Nakajima sebagai Horibe
  • Togo Igawa sebagai Tengu Lord
  • Natsuki Kunimoto sebagai Riku
  • Gedde Watanabe sebagai Troupe Leader (Kabuki Actor)
  • Rick Genest sebagai Foreman
  • Daniel Barber sebagai Teen Kai

 

Box Office:

$20,518,224

Tempoh masa:

127 minutes

Studio:

Universal Pictures