Banyak kes pengabaian anak-anak telah berlaku di Malaysia. Tidak ketinggalan juga ialah kes pengabaian anak-anak istimewa termasuklah yang menghidap penyakit Autisme. Antara konflik yang seringkali berlaku ialah suami atau isteri berlepas tangan dalam menjaga anak syurga ini kerana di dalam fikiran mereka bukannya mudah untuk menerima dan membesarkan anak istimewa.

Ramai di antara mereka yang telah mengabaikan dan melepaskan tanggungjawab yang diamanahkan ini kepada orang lain. Hal ini menunjukkan betapa ‘mindset’ sebelum berkahwin adalah sangat penting. Perspektif negatif dan lemah bahawa ujian yang diterima ini adalah suatu yang buruk dan memalukan adalah disebabkan kurangnya kesedaran di dalam diri. Kali ini, bagi meningkatkan kesedaran ramai pihak, Buka Panggung mencadangkan agar kita bersama-sama menonton Filem Tomorrow Is Another Day (2017).

Cabaran Ibu yang mempunyai anak autisme

Tahun Keluaran: 2017

Negara: Hong Kong

Pengarah: Chan Tai Lee

Pelakon: Teresa Mo, Ray Lui, Ling Man-lung, Bonnie Xian

Tempoh Masa: 91 Minit

Bahasa: Kantonis

Cabaran Ibu yang mempunyai anak autisme

Filem ini menceritakan tentang kehidupan puan Wong setelah mendapat tahu bahawa suaminya telah bermain kayu tiga dibelakangnya. Tetapi untuk kebaikan keluarganya dan anak lelakinya yang menderita autistik, dia memilih untuk berdiam diri. Nasib tidak menyebelahinya apabila kekasih gelap suaminya datang untuk mengganggu mereka sekeluarga. Perempuan itu menjadi punca suami isteri itu bergaduh besar lalu mengakibatkan Tuan Wong meninggalkan keluarganya. Bermulalah kehidupan Puan Wong sebagai ibu tunggal yang bersendirian membesarkan anaknya.

Cabaran Ibu yang mempunyai anak autisme

Trailer:

Janganlah kita berfikir bahawa anak-anak syurga ini sebagai nasib malang yang membebankan masyarakat sekeliling. Mereka dilahirkan untuk mendidik masyarakat zaman sekarang yang kian kurang adab dan peri kemanusiaannya. Anak-anak syurga ini boleh membentuk personaliti seseorang agar menjadi lebih baik. ‘Like a diamond born a diamond’. Mereka juga boleh menjadi kayu ukur bagi menilai personaliti dan perspektif masyarakat Malaysia macam mana.

.

Ibu tunggal jaga anak autisme

Ibubapa kepada anak-anak ini perlulah dibantu dan disokong agar mereka terus kuat menghadapi cabaran. Peranan orang ramai dan masyarakat sekeliling sangat penting dalam memberi sokongan moral kepada mereka. Oleh itu, kuasa media sosial sangat penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, ibubapa bahkan bakal suami isteri yang akan dikurniakan cahaya mata. Agar mereka bersiap sedia akan segala kemungkinan yang akan dihadapi pada masa hadapan kelak.