Free Willy (bahasa Melayu harafiah Willy Bebas) ialah sebuah filem berbahasa Inggeris yang mula ditayangkan pada tahun 1993. Konflik berlaku apabila seorang budak mendapat tahu bahawa seekor ikan paus pembunuh kesayangannya akan dibunuh oleh pemilik akuarium, dia mengambil risiko segala-galanya bagi membebaskan paus pembunuh tersebut.

Filem Free Willy ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah Simon Wincer.

Filem ini turut disertai oleh beberapa orang pelakon terkenal, antaranya adalah Jason James Richter, Lori Petty, Michael Madsen.

Rujukan : Wikipedia