Anak Autistik Rowan, 5, menunggang seekor kuda di Mongolia, ditemani ibu bapanya Rupert dan Kristin, pembantu mereka seorang rakyat Mongolia bernama Tulga, anaknya berumur 6 tahun Bodibilguunson dan seorang krew TV dokumentari Amerika. Ibu bapa Rowan percaya bahawa kuda dan pembantu mereka boleh membebaskan minda anak mereka yang autistik. Ini adalah perjalanan mereka menjelajah di Mongolia dengan menunggang kuda.

Setelah asyik kita bersembang mengenai filem, apa kata kita tonton pula dokumentari tentang anak Autisme? Ada ke? Ada! The Horse Boy bukan sekadar menceritakan tentang suka dan duka membesarkan anak Autistik, bahkan lebih daripada itu, ia mengetuk pintu hati kita dengan usaha dan tekad oleh ibu bapanya yang ditunjukkan dalam dokumentari ini… Siri penjelajahan bersama kuda di Mongolia yang sangat mencabar!

Jom, pastikan anda tonton video di bawah! Bukan mudah untuk kita memahami apa itu autisme setelah kita saksikan sendiri di depan mata. Kalau kita baca buku sekalipun, tidak semestinya kita benar-benar faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh penulis buku berkenaan.

“Antara cara untuk kita mendalami dan mengetahui kehidupan mereka yang menghidap autisme dan perasaan keluarga mereka ialah dengan menonton cerita ataupun video mengenai autisme.”

-Ahli Motivasi

“Saya sendiri baru faham mengenai autisme setelah melihat tayangan dan cerita mengenai autisme.”

-Penonton Filem Redha: The Beautiful Pain

Kasih Ayah Dalam The Horse Boy

The Horse Boy (2009) ialah satu autobiografi ataupun dokumentari yang diadaptasi daripada buku yang mempunyai tajuk yang sama. Iaitu The Horse Boy: A Father’s Quest to Heal His Son. Buku yang ditulis oleh Rupert Isaacson yang mana memaparkan mengenai pengalaman keluarga Isaacson dalam mencari ubat untuk anak lelakinya yang menghidap autisme.

Dokumentari Budak AutismeRupert Isaacson dan isterinya berusaha untuk mencari penawar bagi anak mereka iaitu Rowan. Selepas mengetahui bahawa keadaan Rowan menunjukkan perubahan yang baik selepas beberapa kali  , mereka sekeluarga memikirkan satu inisiatif baharu.

Iaitu dengan menggabungkan terapi kuda dengan perubatan traditional. Akhirnya, mereka sekeluarga memutuskan untuk mengembara dari Texas ke Mongolia untuk mencari penawar.

Dokumentari Budak Autisme

Pengarah:

Michel Orion Scott

Watak Yang menjayakan Filem:

Rupert Isaacson, Kristin Neff, Rowan Isaacson

Genre:

Dokumentari, Pengembaraan

Antara Anugerah dan Pengiktirafan:

-Grand Jury Prize  Sundance Film Festival 2009

-Lone Star States Feature Film Audience Award 2009

-Official Selection hotDocs

-Official Selection idfa 2009

-Offficial Selection Starz Den ver Film Festival 2009

-Official Selection SilverDocs

Dokumentari Budak Autisme

Trailer:

Di dalam dokumentari ini,  memaparkan mengenai kecekalan sepasang suami isteri yang mempunyai anak autisme. Apa yang menarik perhatian saya ialah bila suami isteri itu banyak ‘bermuhasabah diri’ setelah melakukan pelbagai aktiviti.

Mereka banyak berfikir dan berbincang untuk meningkatkan lagi kesembuhan anak mereka.Di samping itu mereka banyak menunjukkan watak sebagai ibubapa yang hebat yang mana tidak mudah emosional apabila berlaku pelbagai cabaran dan ujian.

Mereka cuba untuk mengatasi pelbagai masalah bersama-sama. Hal ini wajar untuk dicontohi lebih-lebih lagi bagi ibubapa muda pada zaman sekarang yang menghadapi pelbagai mehnah dan ujian.