Hari Antarabangsa Gangguan Bipolar yang telah diadakan pada 30 Mac 2018 baru ini adalah bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan sensitiviti masyarakat tentang penyakit ini. Tidak mudah untuk seseorang itu memahami masalah yang dihadapi oleh pesakit Bipolar Disorder atau Gangguan Bipolar. Maka, Buka Panggung telah terpanggil untuk menulis sebuah artikel yang mempromosikan filem-filem yang bakal membawa kesedaran, di samping menghapuskan stigma masyarakat sedunia tentang gangguan bipolar ini. Mungkin anda dan keluarga boleh luangkan masa menonton filem-filem berkaitan demi memahami konflik yang dihadapi oleh pesakit gangguan bipolar.

Apa Itu Gangguan Bipolar?

Gangguan bipolar, juga dikenali sebagai kemurungan manik, adalah gangguan mental yang menyebabkan tempoh kemurungan dan tempoh mud yang tinggi. Mud yang tinggi adalah penting dan dikenali sebagai mania atau hipomania, bergantung kepada tahap, atau sama ada gejala psikosis yang hadir.

Semasa mania, individu akan berasa luar biasa bertenaga, gembira, atau marah. Individu sering membuat keputusan tanpa berfikir panjang untuk mengambil kira akibatnya. Keperluan untuk tidur biasanya dikurangkan semasa fasa manik.

Sepanjang tempoh kemurungan pula, pesakit mungkin akan menangis berpanjangan, mempunyai pandangan negatif terhadap kehidupan dan mempunyai hubungan mata yang lemah dengan orang lain.

Risiko bunuh diri di kalangan mereka yang mempunyai penyakit ini ialah lebih daripada 6 peratus bagi usia melebihi 20 tahun, manakala mencederakan diri sendiri berlaku dalam 30-40 peratus.

Punca gangguan bipolar masih dikaji, namun kedua-dua faktor persekitaran dan genetik memainkan peranan. Faktor persekitaran termasuklah sejarah penderaan kanak-kanak, dan tekanan dalam tempoh lama.

Rawatan biasa termasuk psikoterapi, dan juga ubat-ubatan seperti penstabil mood dan antipsikotik. Contoh penstabil mood yang biasa digunakan termasuk litium dan pelbagai antikonvulsan. Rawatan di hospital tanpa persetujuan individu mungkin diperlukan jika seseorang mempunyai risiko untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain tetapi enggan mendapatkan rawatan. Masalah tingkah laku yang teruk boleh diuruskan dengan antipsikotik jangka pendek atau benzodiazepin.

Ramai individu yang mempunyai, masalah sosial atau yang berkaitan dengan kewangan disebabkan oleh penyakit gangguan bipolar ini. Kesulitan berlaku satu perempat kepada satu pertiga daripada masa yang secara purata. Risiko kematian dari sebab-sebab semula jadi seperti penyakit jantung adalah dua kali ganda daripada penduduk umum. Ini adalah kerana pilihan gaya hidup miskin dan kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan.

filem mengenai gangguan bipolar.

10 Filem Menyentuh Isu ‘Bipolar Disorder’

#1 Touched With Fire(2015)

Filem mengenai bipolar disorder / gangguan bipolar

Sinopsis:

Sepasang lelaki dan perempuan yang menghidap bipolar bertemu di hospital mental bagi menjalani rawatan yang sama seperti pesakit bipolar yang lain. Di situ perasaan cinta mereka berdua mula berputik. Mengisahkan bagaimana perasaan cinta mereka yang selalu diuji oleh emosi dan kewarasan masing-masing. Mereka makin ghairah bercinta sehingga terlupa masyarakat serta orang di sekeliling mereka.

Trailer:

 

#2 Silver Lining Playbook(2012)

Filem mengenai gangguan bipolar / bipolar disorder

Sinopsis:

Silver Linings Playbook ialah sebuah filem yang mengisahkan seorang lelaki bernama Pat Solitano(watak utama) yang diperintahkan untuk berpindah untuk tinggal bersama ibu bapanya selepas mengalami satu insiden. Pat didiagnosis dengan gangguan Bi-Polar dan dia cuba untuk mengatasi masalahnya.Orang di sekeliling menyedari kesan penyakit itu. Tidak lama kemudian,  Tiffany, yang juga mengalami kemurungan . Bersama-sama, mereka mencari kebahagiaan, keseronokan  dan tempat untuk melepaskan beban daripada keadaan dan penyakit yang mereka hadapi.

Trailer:

 

#3 Infinitely Polar Bear(2014)

Filem mengenai gangguan bipolar / bipolar disorder

Sinopsis:

Film Infinitely Polar Bear menceritakan tentang Cameron Stuart (Mark Ruffalo), seorang suami dan ayah kepada dua orang anak perempuan. Tahun 1978 di Boston, Cameron didiagnosis dan didapati mengalami depresi manic dan bipolar (manic-depressive and bipolar). Secara perlahan-lahan dia cuba untuk kembali hidup normal. Satu hari isterinya terpaksa ke columbia bagi memperoleh gelaran Master (MBA). Yang mana terpaksa meninggalkan kedua-dua anak perempuannya di bawah jagaan suaminya. Kisah kekeluargaan yang penuh dengan emosi.

Trailer:

 

#4 The Ghost and The Whale(2017)

Filem mengenai gangguan bipolar / bipolar disorder

Sinopsis:

The Ghost and The Whale menceritakan kisah Joseph Hawthorne (Maurice Benard), seorang lelaki yang pergi ke laut dengan isterinya namun kembali ke kota Bodega sendirian. Kehilangan istrinya, Annabel Lees (Madeleine Hamer) di lautan dengan penuh misteri. Pembebasan Joseph daripada penjara ekoran kehilangan isterinya seterusnya membuat misteri di dalam kota bertambah. Apabila seorang wartawan dan jurnalis terkenal menyiasat mengenai kisah tentang seorang wanita yang hilang di laut, dia mendapati sebuah keluarga  mempunyai niat untuk membalas dendam.

Trailer:

 

#5 Mad World(2016)

Filem mengenai gangguan bipolar / bipolar disorder

Sinopsis:

Filem yang bermula dengan kehadiran seorang bapa, Wong(Eric Tsang) yang lama menghilang untuk mengambil anak lelakinya Ah-Tong(Shawn Yue) dari hospital mental yang menderita gangguan bipolar. Kedua-dua lelaki ini menyesal atas satu kejadian yang telah mengorbankan isteri Wong. Mereka terpaksa menghadapi situasi yang tegang. Tambahan lagi mereka tinggal di flat yang kecil yang terpaksa dibahagi-bahagikan bersama orang lain. Kisah yang bukan sahaja yang memaparkan pertelingkahan antara bapa dan anak, namun persepsi yang dilontarkan oleh masyarakat dan dunia yang kejam dan tidak adil terhadap kehidupan mereka.

Trailer:

 

#6 Bipolar (2014)

Filem mengenai gangguan bipolar / bipolar disorder

Sinopsis:

Harry Poole, seorang pemuda introvet yang menderita gangguan bipolar. Dia mendaftar dalam ujian dan experimen yang dijalankan oleh Dr.Lanyon,seorang doktor yang terkenal. Dr Lanyon memberikan ubat ‘ajaib’ diperbuat daripada dadah yang dapat membantu orang-orang seperti Harry untuk menjalani hidup yang lebih seimbang. Di  bawah pengawasan video yang konsistan, Harry cepat mengalami perubahan yang positif. Sayangnya, doktor secara tiba-tiba memberhentikan kajian serta experimennya. Ubat-ubatan dan subjek experimen telah ditarik balik. Anna, salah seorang jururawat Dr.Lonyon berasa kesian dan memberikan Harry stok ubat ‘ajaib’ yang banyak bagi mencuba sendiri di rumah. Dalam tempoh itu dia mula mabuk dengan kebebasan dan kekuatan identitinya yang baru sebagai ‘Edward’ yang terjerumus di dalam kegelapan.

Trailer:

 

#7 No Letting Go(2016)

Filem mengenai gangguan bipolar / bipolar disorder

Sinopsis:

Bahagian awal filem ini menunjukkan bagaimana Timothy (David Schallipp) yang berusia 10 tahun mula menunjukkan kebimbangan yang agak pelik dan berlebihan daripada kanak-kanak biasa. Menyebabkan kedua ibubapanya iaitu Henry (Richard Burgi) dan Catherine (Cheryl Allison) menghantarnya ke ahli terapi. Namun, tiada hasil yang memberansangkan. Setelah 4 tahun kemudian, Timothy menjadi seorang remaja (dilakonkan Noah Silverman) yang lebih teruk. Dia menjadi seorang yang lebih agresif. Tingkah lakunya yang tidak menentu secara semulajadi menyebabkan ketegangan diantara ibubapa dan adik beradiknya, Kyle (Jan Uczkowski) dan adik lelakinya, Jessie (Julian Murdoch) dengan Timothy. Yang mana mereka semua tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Timothy.

Trailer:

 

#8 Call Me Crazy: A five Film(2013)

Filem mengenai gangguan bipolar / bipolar disorder

Sinopsis:

Antologi lima filem pendek dalam satu filem yang memaparkan kesan dan stigma penyakit mental. Tiga daripada lima cerita tersebut mempunyai hubungkaitnya yang tersendiri.

Cerita 1 : Lucy

Lucy, seorang pelajar undang-undang yang menghidap skizofrenia. Dia berada dalam situasi yang baru yang mana memerlukan bimbingan dan sokongan kawan baru, ahli terapinya dan keluarganya. Dia mula membuka langkah bukan sahaja untuk memperoleh penyembuhan bahkan untuk mendapat masa hadapan yang cerah pada masa hadapan.

Cerita 2: Grace

Grace seorang manusia yang normal yang cuba untuk memahami gangguan bipolar menerusi pengalaman seorang anak remaja yang menghidap penyakit tersebut. Dia melihat sendiri bagaimana seorang ibu bertungkus-lumus dalam menjaga anaknya yang menderita bipolar.

Cerita 3: Allison

Segmen ini memberi tumpuan kepada Allison, adik perempuan Lucy. Allison pulang dari kolej untuk memperkenalkan ibubapanya kepada teman lelakinya yang baru Luke. Namun konflik diantaranya dengan Lucy timbul setelah dia memperkenalkan lelaki itu.

Cerita 4: Eddie

Eddie ialah seorang pelawak yang mengalami depresi. Banyak pelawak seperti Eddie yang telah didognosis dengan kemurungan atau penyakit mental yang serupa. Hal ini kerana lawak yang mereka lakukan boleh mengakibatkan kesan yang buruk kepada diri mereka sendiri. Namun ramai mengambil sambil lewa mengenai lawak yang mereka lakukan. Benarkah lawak itu mampu mengakibatkan seseorang itu menghidap penyakit mental?

Cerita 5: Maggie

Maggie adalah seorang askar yang kembali ke rumahnya. Dia disambut oleh anak dan bapanya. Dia kembali daripada perang dengan gangguan tekanan selepas trauma diperkosa berulang kali oleh pegawai atasannya. Ketika menderita gejala PTSD, dia cuba menyerang ayahnya. Dia hampir kehilangan hak bagi menjaga dan membesarkan anaknya.

Trailer:

 

#9 The Flying Scotman (2006)

Filem mengenai gangguan bipolar / bipolar disorder

Sinopsis:

Kisah sebenar Graeme Obree,seorang pengayuh basikal terkenal di Scotland yang membina basikalnya daripada mesin basuh lama. Dia memenangi kejohanan perlumbaan. Namun masalah kesihatan mental yang dialaminya menjadi cabaran buat dirinya  dan kelebihan buat musuh yang mencemburuinya.

Trailer:

 

#10 The Hours(2002)

Filem mengenai gangguan bipolar / bipolar disorder

Sinopsis:

Ia adalah sebuah filem  yang mengambil jalan cerita dari 3 wanita yang berbeza masa, tempat, dan takdir yang menimpa mereka. Tapi ketiga-tiga wanita ini mempunyai persamaan dari segi obsesi, latar belakang dan kecenderungan.

Trailer:

Kesimpulan

Gangguan bipolar adalah gangguan otak yang menyebabkan konflik yang luar biasa dalam mood, tenaga, tahap aktiviti, dan keupayaan dalam menjalankan tugas harian. Gejala gangguan bipolar adalah lebih teruk dan berbeza dari emosi naik dan turun yang berlaku kepada orang normal. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, gangguan bipolar adalah kes cacat utama ke-6 di dunia.

Untuk menangani masalah global ini, kita memerlukan penyelesaian global. Dengan sokongan daripada pakar terkemuka dari seluruh dunia, kumpulan seperti ANBD, IBPF, dan ISBD menyokong usaha untuk menyiasat punca biologi, sasaran rawatan dadah, rawatan yang lebih baik, kaedah diagnosis yang lebih baik, komponen genetik penyakit, dan strategi untuk hidup dengan baik dengan gangguan bipolar dan ini hanyalah permulaan.

Kerjasama antara kumpulan penyelidikan dan advokasi terus berkembang dan menjumpai banyak penemuan baru .