Sindrom Asperger

Filem Adam(2009) ialah sebuah filem bertemakan romantik drama yang ditulis dan diarahkan oleh orang yang sama iaitu Max Mayer. Filem yang mengisahkan hubungan diantara seorang lelaki bernama Adam (Dancy) yang menghidap Sindrom Asperger dengan Beth (Byrne), seorang wanita biasa. Mayer mendapat idea untuk menulis skrip filem ini apabila dia terdengar wawancara radio bersama seorang lelaki yang menghidap Sindrom Asperger.

Beth Buchwald (Byrne), seorang guru dan penulis buku kanak-kanak yang bercita-cita tinggi baru berpindah ke apartmen yang sama dengan Adam. Beth tinggal di bahagian atas rumah Adam.

Suatu malam, Beth terkejut apabila mendapati Adam dalam keadaan tergantung pada bumbung apartmen. Lebih menghairankan Adam dalam keadaan berpakaian baju angkasawan.Dia cuba untuk membersihkan tingkap rumah Beth.

Ketika itu, Beth mula untuk menyukai Adam walaupun mempunyai perangai yang pelik.

Adam Sindrom Asperger

Tahun : 2009

Negara : Amerika

Pengarah : Max Mayer

Penulis : Max Mayer

Pelakon : Hugh Dancy, Rose Byrne, Peter Gallagher, Amy Irving, Frankie Faison.

Sindrom Asperger

Sinopsis :

Adam Raki (Dancy) ialah seorang pemuda yang mengidap sindrom Asperger. Dia tinggal sendirian di Manhattan, New York selepas kematian ayahnya. Dia hanya ada seorang kawan. Iaitu Harlan Keyes (Frankie Faison), seorang askar yang bertugas bersama arwah ayahnya.

Kerana keadaannya itu, Adam mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan suka untuk lari daripada terlibat dengan cinta. Pernah sekali dia pernah hampir ditangkap pihak polis kerana orang menganggapnya pedofilia.

Dia tidak mahu untuk meninggalkan apartmennya kerana di situ banyak meninggalkan kenangan manis antara dia dan ayahnya.Adam berasa sunyi. Dia hanya mampu berharap agar takdirnya akan berubah. Tanpa disangka-sangka kehadiran Beth akan mengubah segala-galanya.

Adam Sindrom Asperger

Trailer :

 

Kita tidak dapat menyangka bahawa seseorang itu ada menghidap sebarang sindrom. Seperti di dalam filem ini sindrom Asperger. Dia mungkin nampak normal seperti manusia lain. Kadang-kala mempunyai kelebihan yang memukau.

Namun dari sudut lain, dia mempunyai kekurangan yang tidak nampak di mata kasar manusia. Dia perlukan rakan yang mampu memberikan bimbingan dan pertolongan. Rakan yang tidak malu untuk berbual dan bersembang dengannya. Rakan yang sanggup untuk mendengar luahan hatinya da membuang kesunyian di dalam hidupnya.