Berikut adalah keratan akhbar CAKNA Sinar Harian pada 11 April 2018 berkenaan Diskusi dan Tayangan Filem Redha bertajuk, “Masa Depan Autisme di Tangan Siapa?”. Program anjuran Buka Panggung ini telah dihadiri penerbit filem sendiri Tunku Mona Riza dan pasangannya, Ku Mohamad Haris, Ahmad Idham sebagai pengarah Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus merangkap pelakon dan penerbit filem, beberapa orang wakil dari ABIM Pusat, Ibu Rose, Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP), IKRAM Gombak, Atfal JannahMalaysian Outreach Volunteer Experience (MOVE), Pengurus Inisiatif Sokongan Autisme Nouri – Insani, Komuniti Perwani Shah Alam dan ramai lagi.

Buka Panggung di Sinar Harian

Tayangan Filem Redha Tentang Autisme April ini.

Banyak kempen kesedaran mengenai masalah berkaitan autisme berlangsung pada April ini yang dijalankan oleh pelbagai pihak.

Membawakan kelainan, wakil Visi Mantap Sdn. Bhd., Thaaqib Mohammed berkata, pihaknya bakal menganjurkan tayangan filem Redha (2016) kepada umum dan juga untuk pihak-pihak yang mempunyai push factor bagi menggalakkan kesedaran bersempana Bulan Autisme 2018 ini.

Sebagai sayap masyarakat, kami tubuhkan platform ‘Buka Panggung’ sebagai inisiatif membudaya masyarakat mengenai isi-isi kritikal melalui laluan filem.

“Tayangan bakal diadakan pada 11, 12, 13 dan 14 April ini jam 8.30 malam di NC Space Shah Alam.”

“Tayangan ini diikuti sebuah diskusi berjudul Masa Depan Autisme, Di Tangan Siapa?”, katanya.

Menerusi tayangan ini, pihaknya menyiarkan agar diskusi dan pencambahan ilmu berkaitan anak-ana syurga digalakkan bukan sahaja kerana tanggungjawab keluarga tetapi turut melibatkan peranan penting kalangan komuniti.

Pautan Laman Facebook Buka Panggung : https://www.facebook.com/bukapanggung/

Sumber : Sinar Harian –  Rabu 11 April 2018

Kami dari Buka Panggung ingin mengucapkan tahniah kepada Sinar Harian atas keprihatinan terhadap isu Autisme dan kesudian untuk mewar-warkan tayangan filem ini bagi mencapahkan lagi kesedaran ini kepada rakyat Malaysia keseluruhannya tidak kira agama, bangsa dan umur.

Benarlah kata-kata orang bijaksana;

“It takes a village to raise a kid.”