Munafik 2
Ustaz Adam terkedu
Munafik 2
Abuja tengah berjalan

Amaran!!! Kepada yang belum menonton lagi filem Munafik 2 bertemakan seram dakwah, artikel ini mungkin boleh menjadi spoiler untuk diri anda. Terpulang kepada diri anda untuk membaca ataupun tidak.

Selepas berjaya dengan filem Munafik, Syamsul Yusof, pengarah dan pelakon melakarkan satu lagi kejayaan dengan menyambung Munafiq 2 dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan dan mencabar. Terdahulu filem ini melakarkan kutipan yang banyak, sekitar 42 juta sejak ditayangkan 29 Ogos yang lalu. Mungkin filem ini sudah menampa nama sejak Munafik 1. Oleh sebab ramai dah menonton filem munafik pertama ia akan

Pengarah : Syamsul Yusof

Tarikh Ditayangkan : 29 Ogos 2018

Syarikat Produksi : Scop Production

Durasi Tayangan 121 Minit

 

Barisan pelakon: Syamsul Yusof (ustad Adam) , Maya Karin (Sakinah), Datuk Rahim Razali (Ayah Rahim), Nasir Bilal Khan (Abuja), Fizz Fairuz (Ustaz Azhar), Fauzi Nawawi (Umar), Mawi (Azhar) dan Weni Panca sebagai penunggu wanita bertelekung hitam berkulit biru.

Sinopsis: Sakinah(Maya Karin),  seorang ibu tunggal yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil. Keluarganya dihantui oleh semangat jahat yang mempunyai hubung kait dengan Abuja. Abuja, seorang lelaki berpengaruh yang membawa ajaran yang sesat ke dalam kampung itu.

Setelah 2 tahun selepas teragedi kematian isteri dan anaknya, tanpa disangka-sangka kehidupan Ustad Adam kembali berkecamuk. Kali ini, hidupnya semakin bergelora dengan misi yang yang lebih besar lagi.

Munafik 2
Opening Munafik 2

Aku berlari-lari anak ke GSC Quill City Mall. Gara-gara tak nak terlepas tengok cerita Munafik 2. Dari Melaka ke BTS.Dari BTS ke Bandaraya and terus ke Quill City Mall. Lepas Jamak Qasar maghrib aku terus membeli tiket pawagam.

Masuk hall aje baru aku perasan sesuatu macam tak kena. Walaupun tempat aku stratergik, duduk tengah-tengah hall, tapi barisan aku, tiada penonton lain selain aku. Penonton yang lain berada di barisan belakang. Seriously? Aku macam tak percaya aja.

Nak tak nak aku kena hadap sorang-sorang cerita ni sampai habis. Tak tahu ,  kerusi aku asyik bergetar benyak kali.Haahahahahha. Walaupun aku ni sedikit cuak. Aku rasa orang belakang aku ni takut sampai tak sengaja tendang aku punya tempat duduk…Hahahahahaha

Lepas habis cerita ni aku terkedu. Gempaknya lain macam. Sampaikan terimbau-imbau di ingatan aku semasa berjalan sorang-sorang.

Munafik 2
Ustaz Adam merawat Sakinah

So pada pandangan :

  1. Sudut pandang Kamera
    Sudut pandang kamera dalam munafik 2 kali ini lebih banyak sudut dan scene yang lawa. Seperti contoh scene ketika Ustaz Adam menaiki bot laju untuk memasuki kawasan kampung pendalaman untuk merawat ayah Sakinah.
  2. Jalan Cerita
    Cerita ini telah menempa nama pada Munafik pertama. Jadi tidak hairanlah jika Munafik 2 mendapat sambutan hangat bukan sahaja di dalam Malaysia, malah di Indonesia dan juga Brunei.
    Kali ini Munafik2 membawa banyak kejutan dalam jalan ceritanya.
  3. Gabungan pelbagai pelakon
    Siapa yang kenal dengan Maya Karin? Pelakon yang pernah melakonkan watak Pontianak di dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam. Setelah sekian lama tidak menggalas watak dalam cerita seram, kali ini dia tidak menggalas watak sebagai hantu. Tetapi sebagai watak seorang ibu tunggal yang selalu diganggu oleh semangat jahat.Lakonan Weni Panca sebagai hantu bertudung hitam berkulit biru telah memantapkan lagi jalan cerita tersebut. Tahniah kepada pelakon dan penulis skrip berkenaan. Kerana apa? Interaksi antara Ustaz Adam dan hantu tersebut seakan-akan  membuatkan diri kita sendiri merasai perasaan bagaimana bercakap dengan makhluk halus. Ketika Ustaz Adam berbual dengan hantu tersebut, tiada muzik latar yang sangat menggagnggu. Seakan-akan dunia terhenti di situ. Hanya Ustaz Adam dan makhluk tersebut.
  4. Tidak terikat pada Munafik pertama.
    Mereka yang tidak menonton filem Munafik pertama masih lagi mampu untuk memahami jalan cerita filem munafik 2. Jalan cerita yang mana masih senang untuk dihadam.
Munafik 2
Hantu dekat belakang mawi

Namun ada beberapa perkara yang ingin ditekankan disini. Antaranya:

  1. Banyak persoalan yang ditinggalkan.
    Selepas habis menonton filem ini banyak persoalan yang bermain di fikiran aku. Persoalan yang pertama-tama sekali bermain di dalam otak ini ialah adakah Ustaz Adam mati?Selalunya di dalam novel ataupun filem-filem mesti ada pihak yang mengatakan bahawa “The hero never die” ataupun dalam bahasa melayunya“Watak utama takkan mati”. Ia ialah satu falsafah bahawa watak utama itu susah untuk mati.

Penoton mesti tertanya-tanya, adakah selepas kejadian tersebut ustaz Adam mati ataupun dia masih lagi hidup. Ada yang mengatakan bahawa Ustaz Adam masih lagi hidup tetapi dia di dalam keadaan koma. Hal ini berdasarkan penyataan Syamsul Yusof di dalam Tweeternya.

 

  1. Perkaitan Abuja dengan Sakinah?
    Mesti ramai tak perasan apa hubungan Abuja dengan Sakinah. Tapi bila dengar dialog antara sakinah dan Abuja, yang mana babak Abuja mahu membunuh anak sakinah. Sakinah menghalang dan menyatakan adakah Abuja sanggup membunuh anak sendiri. Aku tertanya-tanya apakah hubungan sakinah dengan Abuja? Adakah mereka berdua pernah menjadi suami isteri sebelum Abuja sesat?

Aku sangat menanti-nantikan filem ketiga dalam trilogi munafik ini. Jikalau Syamsul Yusof berhasrat untuk membuat filem munafik 3 aku sokong sangat-sangat. Ini sebab aku nak tengok apa sambungan yang berlaku kepada Ustaz Adam.