paskal mencuri hati penonton

Bulan September lepas, filem ketenteraan bertajuk PASKAL berjaya diterbitkan. Filem yang berdurasi 115 minit ini telah mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya rakyat Malaysia. Buka Panggung ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pengarah filem berkenaan iaitu Adrian Teh kerana berjaya menghasilkan filem Paskal yang berjaya mencuti hati penonton!

Tarikh Tayangan: 27 September 2018

Bahasa : Melayu (English Sub)

Genre : Aksi

Klasifikasi : P13

Durasi Masa: 115 minit

Pengarah : Adrian Teh

Barisan Pelakon : Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hill, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theeban G, Jasmine Suraya Chin.

Filem ini mengisahkan sepasukan anggota elit Psukan Khas Laut(PASKAL) yang dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden. Koflik betambah lagi apabila selesai misi berkenaan. Apabila ibu Arman menyuruh Arman berhenti daripada menjadi PASKAL dan tidak mengikuti jejak langkah ayahnya yang telah terkorban. Dia akhirnya meminta untuk berhenti menjadi PASKAL dan memilih untuk menjadi pelatih askar. Namun Leftenan Komander Maznan (Namron) mempunyai misi terakhir untuk Arman.

“Anggaplah ia misi terakhir”- Leftenan Komander Maznan.

 

Review Filem PASKAL

Pendedahan PASKAL

SOP ataupun dalam bahasa penuhnya ialah Standard Operating Procedure merupakan tindakan yang mesti dilakukan mengikut tahap atau dalam bahasa mudahnya langkah-langkah. Di dalam filem ini kita didedahkan sedikit pengenalan mengenai SOP PASKAL, cara mereka ‘ambush’ musuh dan step by step diorang menjalankan sesebuah misi.

Filem tentera yang pertama mencuri hati penonton

Malaysia telah banyak menghasilkan pelbagai filem aksi. Namun inilah filem ketenteraan pertama yang berjaya menambat hati para penonton. Bagaimana pula dengan Kl Special Force? Polis Evo? J Revolusi? Ini semua cerita mengenai aksi kepolisian.

Kanang Anak Langkau? Bravo 5? Malay Regiment? Ini semua barulah filem aksi mengenai ketenteraan.  Ketiga-tiga filem ketenteraan  ini tenggelam dibawa arus perdana. Filem PASKAL berjaya mengangkat kembali julukan filem aksi ketenteraan di mata rakyat Malaysia.

Kepelbagaian kaum

Filem yang memaparkan pelbagai watak yang berlainan bangsa seperti melayu, india, dan cina. Sesuai untuk tontonan pelbagai kaum yang ingin mengetahui jalan cerita file mini.

Koreografi yang mantap

Koreografi yang dipaparkan sangat mantap. Lebih –lebih lagi ketika Arman (Hairul Azreen) berlawan dengan Jeb (Ammar Alfian) di atas pelantar minyak. Arman menggunakan taktikal knive @ pisau komandernya dan jeb menggunakan lawi ayam(macm kerambit tapi lebih besar sedikit). Aksi yang sungguh mendebarkan diantara dua pelakon berkenaan.

Kepelbagaian Pihak yang terlibat

Di dalam plot berkenaan ada yang melibatkan kebenaran menteri apabila meluluskan sesuatu misi. Di plot lainnya, Laksamana ( Dato’ Eizlan Yusof) mengarahkan agar melakukan sekatan di port perlabuhan. Ini menunjukkan yang dia tidak keseorangan dan memaparkan penglibatan pelbagai pihak.

Isi tambahan

Cerita ini tidak memfokuskan pada aksi ketenteraan sahaja. Ia menyentuh hubungan kekeluargaan yang sangat menyayat hati, persahabatan yang tidak ada sempadan diantara kaum dan apa maksud perjuangan.

Saya suka apabila Khairil@ustad ( Taufiq Hanafi) membacakan doa ketika sebelum melakukan misi. Ini memaparkan adab sebelum berperang untuk memohon pertolongan tuhan. Mereka menerapkan seusatu etika walaupun kecil di mata penonton lain, ia tetap berharga di mata kita umat islam.

 

Pandangan saya:

  1. Jalan cerita
    Jalan cerita yang menarik kerana ttidak memfokuskan kepada PASKAL sahaja. Ia menyentuh isu kekeluargaan dan persahabatan. Dalam filem berkenaan Arman menjadi seorang PASKAL untuk mengetahui kenapa ayahnya mati(Spoiler kepd yg x tengok citer lagi..hehehhe) Tetapi kenapa tiada babak macammana ayah dia mati. Sebagai penonton saya ‘curious’ @ perasaan nak tahu sesangat macammana ayah dia mati.
  2. Protagonis dan antagonis
    Protagonis merupakan watak utama . Manakala antagonis merupakan watak lawan(biasanya jahat). Jadi bila tengok ending cerita berkenaan ada terdetik di dalam hati saya bahawa Jeb jatuh ke dalam laut selepas bertempur denagn Arman. Tetapi orang terlupa bahawa Jeb merupakan salah seorang bekas ahli PASKAL top 3 selepas Arman. Tak mungkin dia boleh mati begitu sahaja. Dia boleh aje berenang dan melarikan diri tanpa dijejak kerana dia sudah mengetahui SOP PASKAL.

Harapan saya agar filem berkenaan agar  ada sambungan kerana ending dia tidak mati sepenuhnya. Mungkin satu hari nanti dia boleh menerbitkan filem ketenteraan lain yang masih bertemakan tentera elit Malaysia ( Komando. PASKAL,PASKAU, dll) yang menyambung cerita PASKAL. Kisah yang mana memaparkan kisah ayah Arman (sedikit scene sahaja agar nampak cerita diantara ayah Armand an Arman dan mungkin boleh dipertimbangkan), kisah Jeb (yang ingin membalas dendam) terhadap Arman ataupun Keluarga Arman yang semakin membesar selepas kejadian dalam filem PASKAL(Mungkin Arman berkahwin..HAHAHAAHAHA).

Filem ini saya sangat recommend kepada rakyat Malaysia. Walaupun ada spekulasi mengatakan bahawa ada scene sama seperti filem-filem Hollywood seperti Captain Philip ataupun Operation Red Sea. Ia tetap menunjukkan prestasi yang baik. Filem ini juga menaikkan kualiti filem-filem di Malaysia. Akhir kata, saya bangga kerana filem di Malaysia semakin meningkat bahkan di mata dunia memuji filem Malaysia.