Pulang the Movie

 

Sesampai sahaja aku di TBS, aku terus menaiki LRT ke Bandaraya. Tak tahu kenapa, tapi di situlah banyak terkumpul kenangan-kenangan aku sewaktu bekerja dahulu. Di situ aku berjalan-jalan sambil melilau melihat sekeliling.

Kelibat buskers sama seperti dahulu. Orang melepak di sana-sini. Orang jual- jual makanan di tepi jalan. Pekerja-pekerja sogo pun ada yang dah habis waktu kerjanya.

Terasa rindu dengan suasana bandar kot. Hahahahahahaha. Kat Melaka pun aku tak sempat lagi berjalan-jalan. Assignment banyak. Tak kenal lagi negerinya macammana bentuknya. Bak kata pepatah “Tak kenal maka tak cinta”.

Aku berjalan dan terus berjalan. Sehinggalah di hadapanku terpacak bangunan Quill City Mall. Aku lepak sekejap sambil makan aiskrim Baskin Robbins. Orang kata aiskrim dia sedap. So aku trylah. Hmmm boleh tahan jugak. Nice and time aku pergi tu dapat promotion. Lagi nicelah jawabnye.

Walaupun kadang-kadang aku ni jenis penjimat sikit. Sekali-sekala ‘reward’ diri kita untuk sesuatu yang menghiburkan bagiku tak salah. Asalkan tidak melanggar syariat dan batas-batas agama.

Target aku ialah satu je. Tonton satu movie aje. Kat kolej sebelum ni, aku servey punye servey macam best aje movie Pulang arahan Kabir Bhatia. So, itulah movie pilihan aku kali ini.

Pulang the Movie

Pengarah : Kabir Bhatia

Penulis : Mira Mustaffa, Ahmad Izham Omar

Pelakon : Remy Ishak, Puteri Aisyah, Alvin Wong, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Juliana Evans, Jalaluddin Hassan, Rahim Sazali, Sherry Al-Jeggry, Aida Khalida.

Sinopsis : Mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama Othman yang berlayar sekeliling dunia dengan menjadi kelasi. Dia berharap agar dapat mengubah hidupnya yang miskin. Dia juga berjanji kepada isterinya (Che Thom) yang dia akan pulang kepada keluarganya dengan membawa kesenangan.

Pulang the movie

Selepas tonton cerita ni….’I am speechless’…Aku tak tahu nak cakap macam mana…Ceritanya memang menyentuh kalbu. Ada beberapa point yang aku nak sentuh. Iaitu salah satunya sinematografi yang mantap. Sudut kameranya amat cantik. Menggambarkan perkampungan nelayan dan kampung Serkam, Melaka.

Walaupun ada segelintir orang dan pihak mengatakan CGI filem berkenaan tidak berapa menjadi. Namun pada pandangan saya, CGI tersbut sudah memadai. Sudut pandang kamera yang cantik dan jalan cerita yang mantap membaiki dan menutup pandangan saya mengenai CGI tersebut.

Bagi saya, filem pulang sesuai bagi mereka yang :

  1. BERCINTA. Lagi-lagi mereka yang bercinta jarak jauh. Cinta jarak jauh bukannya mudah. Walaupun kini ada bantuan media sosial seperti whatsapp dan instagram, namun ia masih lagi berbeza dengan berjumpa berhadapan ataupun orang panggil ‘face to face’.
  2. Ingin mengukuhkan KESETIAAN dalam percintaan. Kadang-kadang hati manusia itu mudah untuk berubah kepada insan lain. Tapi tengoklah betapa setianya Othman sehingga tidak berkahwin dengan sesiapa lagi selepas berkahwin dengan Che Thom.
  3. Suka JUDGEMENT pasangan anda. Ni untuk mereka yang suka judgement, menghukum, dan bersangka buruk terhadap pasangan mereka tanpa sebab. Bukalah fikiran, fikir luar kotak, dan siasat sebelum menuduh benda yang bukan terhadap mereka yang kita sayang.

Kalau ANDA salah seorang di atas, anda pasti menyesal jika tidak menonton cerita tersebut.

Persoalan utama yang anda akan fikirkan ialah, KENAPA Othman tidak pulang setelah beberapa tahun menjadi kelasi ? KENAPA dia tak mahu berjumpa dengan keluarganya setelah sekian lama?

Sehingga anaknya Omar membesar dan melanjutkan pelajaran ke barat. Dia berusaha mencari ayahnya di sana. Akhirnya ,dia berjaya menjumpai ayahnya. Dia mengajak dan memujuk ayahnya untuk pulang ke tanah air. Namun, cerita ini tidak habis di sini sahaja. Ayahnya asyik mengelak untuk menjawab ajakannya, KENAPA ayahnya asyik mengelak ajakannya menjadi persoalan.

Sesiapa yang menonton cerita ini sampai habis sahaja mampu untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut. Saya selalu menganggap cerita cinta melayu agak klise. Tapi, cerita Pulang kali ini membawa jalan cerita yang berbeza daripada cerita cinta melayu-melayu yang lain.

Perjalanan lengkap yang mengisahkan 3 generasi ini diilhamkan oleh Ahmad Izham Omar. Berdasarkan kisah benar or ‘Based on True Story’ generasinya. Oleh itu, sementara masih sempat janganlah lepaskan peluang untuk menonton filem berkenaan.

Trailer: