Tayangan Dragonfly Eyes (2017)

Fiksyen yang memanipulasikan 10,000 jam video CCTV dari pelbagai sumber yang dicilok dari ‘cloud’ terbuka China. Qing Ting Zhi Yan atau Dragonfly Eyes mengajak penonton mengintai kisah seorang gadis dari indera ribuan bola-bola mata seekor pepatung. Alkisahnya, Qing Ting yang selama ini dibesarkan di bawah naungan Buddha, telah keluar meneroka dunia penuh tipu daya, kekejaman dan penuh dengan lakonan. Penonton diajak mengintai perjalanannya naik dan turun, lalu, ternanti-nanti bila pula Buddha akan memanggilnya kembali.

Biarpun cerita ini ringkas dan mudah dihadam, ia tetap menjolok mata kerana diceritakan lewat visual-visual rawak yang disusun menurut naratif Pengarah; Xu Bing. Nampaknya, filem pertamanya ini tidak mensia-siakan keterujaan penonton.

Tonton setiap petang AHAD di Amenic Film Space, TTDI. Tayangan dibawakan dengan kerjasama Cinephilia.

Tayangan Dragonfly Eyes (2017)

Dragonfly Eyes (2017)