Image result for avengers infinity war

Peminat-peminat Avengers pasti bergembira dengan pengumuman baru yang dinyatakan oleh Marvel Studios pada 2 Mac 2018 lalu tentang tarikh tayangan Avengers : Infinity War diawalkan daripada 4 Mei 2018 ke 27 April 2018. Ini juga bermakna, tayangan filem ini akan ditayang serentak di seluruh dunia!

Pengumuman tentang penukaran tarikh dinyatakan apabila Marvel Studios dan Robert Downey Jr. saling berbalas tweet di laman Twitter dan membuatkan peminat-peminat bersorak gembira membaca tweet-tweet mereka!

Peminat Avengers kini sedang hangat berbual di twitter tentang pengumuman ini sehingga seorang lelaki yang bernama Marcus TojiĀ  meluahkan perasaan lega tarikh diawalkan kerana pada bulan Mei adalah tarikh perkhawinannya dan dia risau jika kawan-kawannya tidak datang ke majlisnya kerana seronok melayan filem Avengers : Infinity War tanpanya. Dia juga risau dengan dirinya sendiri jika dia tidak dapat dari menahan dirinya untuk melayan filem ini sehingga hadir lambat ke majlis perkhawinannya sendiri!

Antara faktor Marvel Studios menukar tarikh filem Avengers : Infinity War ini adalah kerana filem Black Panther yang dikejutkan dengan kejayaan yang membanggakan apabila mereka menayangkan filem itu secara serentak pada seluruh dunia. Penonton di Malaysia boleh mengosongkan jadual mereka untuk menonton filem Avengers : Infinity War seawal jam 7 petang pada 26 April 2018! Nantikan!