Inisiatif syarikat memberdaya Gen Y

Tayangan Filem Redha dalam Diskusi Autisme bertajuk, “Masa Depan Autisme Di Tangan Siapa?” telah diadakan pada minggu lepas selama empat hari berturut-turut di NC Space, Seksyen 13, Shah Alam. Program yang mendapat perhatian media Sinar Harian, Harian Metro, iM4U fm dan MySuara fm ini telah berjaya membuka mata pelbagai lapisan masyarakat bagi memahami isu yang dihadapi oleh keluarga anak-anak Autisme di Malaysia dengan lebih dekat.

Buka Panggung di Sinar Harian
Klik untuk baca sisipan CAKNA Sinar Harian

Wakil penganjur Nurazah, 26, berkata, “Diskusi Autisme dan Tayangan Filem Redha ini turut mendapat perhatian jurnalis iM4U fm, Cakna Sinar Harian dan Gen Y Harian Metro. Ia adalah sebuah inisiatif untuk mengajak anak muda bersama prihatin tentang masa depan keluarga Autisme.”

Tidak kira umur, agama, bangsa dan kaum, diskusi ini telah dihadiri penerbit filem sendiri Tunku Mona Riza dan pasangannya, Ku Mohamad Haris, Ahmad Idham sebagai pengarah Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus merangkap pelakon dan penerbit filem, beberapa orang wakil NGO dari ABIM Pusat, Ibu Rose, Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP), IKRAM Gombak, Atfal JannahMalaysian Outreach Volunteer Experience (MOVE), Pengurus Inisiatif Sokongan Autisme Nouri – Insani, Komuniti Perwani Shah Alam dan ramai lagi.

Buka Panggung di im4u fm
Foto kredit im4ufm.my

iM4Ufm telah hadir pada hari terakhir program bagi memberikan sokongan bersama dan melaporkan berkenaan Diskusi Autisme dan Tayangan Filem Redha. Sesi bertukar pendapat bersama Pengarah Filem; Tunku Mona Riza dan Pengurus Inisiatif Sokongan Autisme Nouri – Insani turut disertai Komuniti Perwani Shah Alam.

Di samping itu, anak muda dari Gen Y Harian Metro turut sama memberi sokongan awal pada hari pertama program Buka Panggung bersama Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP) dan penerbit filem Ahmad Idham. Laporan akhbar Harian Metro semalam telah menyentuh inisiatif syarikat dalam memberdaya golongan muda memahami isu Autisme melalui tayangan filem berdasarkan kisah benar ini.

Klik untuk baca artikel penuh

Sebelum berlangsungnya diskusi ini, Buka Panggung turut mendapat sokongan MySuara fm melalui satu temuramah khas di antara DJ Radio Puan Zahira dengan Encik Thaaqhib Mohammed merangkap wakil penganjur program dan Saudara Luqman presiden Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP), dalam segmen Patah Sayap  Bertongkat Paruh pada Khamis, 5 April 2018 jam 2.00 petang yang lalu.

MySuara fm Buka Panggung

Perbualan temuramah ini telah menyentuh isu kapasiti orang awam yang sepatutnya menjadi pendokong kepada keluarga Autisme. Namun begitu, agak sukar untuk kita benar-benar menyelami perjuangan Autisme ini, kecuali melalui beberapa inisiatif diri kita sendiri iaitu antaranya ialah menonton filem berkenaan yang boleh menolak kita sebagai orang umum untuk bertindak.

Klik untuk mendengar rakaman penuh temuramah ini.

Di kesempatan ini, Buka Panggung ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas sokongan yang diberikan dari pelbagai pihak bagi mewar-warkan dan menggalakkan program ini berlangsung dengan jayanya. Semoga kesedaran Autisme ini telah mencapah dalam segenap penjuru jiwa rakyat Malaysia agar ia bukan lagi merupakan isu keluarga Autisme dan guru pendidikan khas sahaja.

Benarlah kata-kata orang bijaksana;

“It takes a village to raise a kid.”